IMPIAN Manchester City untuk meraih mata penuh ke atas Norwich City tidak kesampaian apabila hanya seri tanpa jaringan ketika bertandang ke Carrow Road, Sabtu malam. Norwich berjaya melaksanakan tugas mereka daripada tewas kepada City sekaligus menyelamatkan kedudukan mereka yang kini berada di ambang zon penyingkiran, di posisi ke-18 liga. Manakala keputusan seri itu menyaksikan anak buah Manuel Pellegrini terpaksa berpuas hati di tangga keempat di belakang Arsenal dengan 51 mata.