Pandelela, yang berganding dengan Mun Yee untuk kali pertama sejak Kejohanan Akuatik Dunia di Kazan, Rusia, Jun lepas mengumpulkan 311.70 mata untuk mengatasi Meaghan Benfeito-Roseline Filion dari Kanada untuk kedudukan podium dalam acara akhir yang disertai enam gandigan itu.
Pasangan dari Britain, Tonia Couch-Lois Toulson memperoleh perak dengan 317.46 mata manakala emas milik Si Yajie-Liu Huixia dari China yang mengumpulkan 334.68 mata.
Kejohanan di Beijing adalah yang pertama dalam siri itu yang akan diikuti siri seterusnya di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (17-19 Mac); Windsor, Kanada (15-17 April); dan Kazan, Rusia (22-24 April).