suria

PSG Muncul Juara Perancis Walaupun Masih Berbaki 8 Perlawanan Musim Ini

Pemain-pemain PSG meraikan kemenangan mereka muncul sebagai juara Liga Perancis untuk kali keempat berturut-turut selepas menumpaskan kelab tercorot Troyes 9-0 pada Ahad.

PARIS St Germain (PSG) muncul juara Liga Perancis untuk kali keempat berturut-turut selepas menumpaskan pasukan kerdil Troyes 9-0 walaupun masih terdapat lapan perlawanan lagi untuk ditamatkan pada musim ini.

Pemain antarabangsa Sweden yang berusia 34 tahun iaitu Zlatan Ibrahimovic menjaringkan empat gol dalam perlawanan itu.

Sebelum itu, penyerang antarabangsa Uruguay, Edinson Cavani menjaringkan gol pendahuluan PSG sebelum Javier Pastore menambah jaringan.

Pemain Perancis, Adrien Rabiot kemudiannya menjaringkan gol ketiga dalam tempo 20 minit perlawanan bermula.

Selepas separuh masa pertama Ibrahimovic menjaringkan dua gol hasil hantaran lintang bekas pemain Manchester United, Angel Di Maria.

Kemudian Ibrahimovic menambah gol ketiganya dalam tempoh 10 minit selepas menyumbat gol pertama dan keduanya.

Cavani selepas itu menjaringkan gol keduanya sebelum Ibhimovic memperolehi gol keempat dan kesembilan untuk PSG.



Artikel Sebelum

Terima Tapi Kecewa - TCH

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan