KELANTANGAN Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkaitan kemajuan sukan bola sepak negara disokong sepenuhnya oleh Pengarah Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim. Jelas Teong Kim, ramai yang tidak ada 'telur' dalam mengeluarkan pendapat atau kritikan kerana masing-masing hanya pentingkan diri sendiri serta ada agenda tersendiri. Menurut Teong Kim, apa yang dilakukan oleh Johor Darul Takzim adalah sesuatu yang bagus dengan pelan pembangunan bola sepak, akademi serta padang sendiri. Namun malangnya, hanya Johor satu-satunya pasukan di Malaysia yang serius untuk melihat bola sepak yang dipanggil pekerjaan 'profesional'.