Pilihan pertama pasangan beregu wanita dari China, Luo Ying-Luo Yu terpaksa akur apabila tumpas di pusingan pertama kepada pasangan dari Jepun, Shizuka Matsuo-Mami Naito.
Beregu nombor dua dunia itu tewas kepada pasangan Jepun tersebut, yang kini berada di ranking ke-12 dunia, dengan 13-21, 14-21.
Berbeza pula dengan satu lagi pasangan beregu wanita China apabila mengejutkan pilihan keempat, Christinna Pedersen-Kamilla Rytter Juhl.
Pemain meningkat naik dari Indonesia, Jonatan Christie pula menampilkan prestasi membanggakan apabila mengejutkan pilihan ketujuh, Chou Tien Chen dari Taiwan.
Bagaimanapun, pemain Indonesia berusia 18 tahun itu terpaksa berhempas pulas sebelum mengalahkan lawannya itu 21-13, 12-21 dan 21-8 dalam masa 47 minit.