IPOH: Malaysia seri 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah menentang juara bertahan New Zealand di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di sini, malam Rabu. Kedudukan 1-1 di separuh masa pertama. PENJARING: Malaysia - Firhan Ashari (minit ke-15), Razie Rahim (minit ke-44) Shahril Saabah (minit ke-48). New Zealand - Nick Wilson (minit ke-22 dan ke-34) Simon Child (minit ke-55).