suria

Chen Long Puas Hati Gelanggang Terbuka Malaysia

SHAH ALAM:  Pemain nombor satu dunia, Chen Long dari China menjelaskan bahawa keadaan gelanggang Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Stadium Malawati tidaklah teruk seperti yang dilaporkan.

Biarpun banyak pemain merungut tentang keadaan gelanggang itu, Chen Long berasa selesa beraksi di situ dan tidak berdepan masalah mencatat kemenangan dipusingan kedua pada Khamis menewaskan Vincent Wong Wing Ki dari Hong Kong 21-17 dan 21-12.

"Pemain-pemain ping pong (dari China) memberitahu saya gelanggang di stadiu mini amat teruk...tetapi apabila saya beraksi di sini, saya merasakan ia tidaklah seteruk dengan apa yang dimaklumkan kepada saya sebelum ini," kata Chen Long.

Stadium Malawati, yang digunakan sebagai gelanggang Kejohanan Ping Pong Dunia sebelum ini, mendapat banyak rungutan mengenai keadaan stadium berkenaan daripada pemain badminton terkemuka China.

Pemenang pingat emas dua kali Sukan Olimpik, Lin Dan, juara dunia beregu wanita, Tang Yuanting-Yu Yang dan bekas juara dunia, Fu Haifeng, kesemuanya dari China, mempersoalkan kemudahan yang disediakan di stadium itu, terutama gelanggang pemanas badan.

Selain gelanggang ditimpa titisan air dipercayai daripada sistem penghawa dingin, pemain-pemain turut menyuarakan rasa tidak puas hati dengan ruang gelanggang pemanas badan.

Dalam pada itu, Chen Long akan berdepan rakan senegara Tian Houwei di suku akhir, Jumaat.

Tian Houwei, yang merupakan pemain perseorangan ketiga China, menewaskan Hsu Jen Hao dari Taiwan 23-21 dan 21-18 pada pusingan kedua hari ini.

"Berdepan Houwei bukan tugas yang mudah. Saya perlu memberikan yang terbaik untuk memenangi perlawanan itu esok," kata juara bertahan, Chen Long yang mengintai gelaran kedua Terbuka Malaysia.

Sementara itu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberi jaminan masalah yang timbul pada kejohanan itu kali ini tidak akan menjejaskan proses penilaian terhadap penganjuran Terbuka Malaysia 2018.

Malaysia mempunyai tempoh dua tahun bagi memenuhi keperluan serta syarat Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi menganjurka n Siri Super Terbuka Malaysia akan datang.

"Jelas sekali, langkah-langkah telah diambil. Ia bukan langkah pertama,malah mungkin kelima...jadi langkah-langkah ini sudah diambil, bukan mudah memperbaiki bumbung sebesar ini. Bumbung stadium ini sudah uzur dan besar.

"Apa yang penting bagi saya adalah kejohanan ini perlu diteruskan tidak kiraapa berlaku. Kami akan cuba mengatasi masalah ini bagi memastikan kejohanan initidak terganggu," kata Pengurus Besar BAM Lawrence Chew.

Dalam pada itu, beliau berkata rungutan yang dibuat Lin Dan semalam,mengenai saiz gelanggang pemanas badan, bukannya kemudahan yang wajib disediakan penganjur pada kejohanan itu.

"Mengikut peraturan BWF, tiada tertulis bahawa adalah mandatori untuk menyediakan gelanggang pemanas badan.

"Saya sudah jelaskan perkara itu semasa mesyuarat pengurus pasukan. Sayafikir pengurus pasukan tidak sampaikan maklumat ini kepada pemain," kata Lawrence.  

Terbuka Malaysia, Badminton

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain