NAPOLI berpesta gol dalam perlawanan Serie A, menentang Bologna, awal pagi Rabu. Perlawanan ini turut menyaksikan Dries Mertens mencatat hatrik untuk membantu Napoli menang 6-0. Gol di San Paolo, diperolehi seawal minit ke-10 menerusi Manolo Gabbiadini. Pada minit ke-35 Gabbiadini sekali lagi menyumbat masuk gol apabila dihadiahkan penalti selepas berlaku perlanggaran terhadap Jose Callejon yang dilakukan oleh Kevin Constan. Pada babak kedua, Mertens mula mencipta gol pada minit ke-58 dengan satu lagi gol disumbangkan oleh Diego Lopez, sebelum wisel penamat dibunyikan. Mertens kemudian menambah gol pada minit ke- 80 bermula dengan kerjasamanya dengan Marek Hamsik sebelum umpan Hamsik itu disempurnakan dengan sepakan kaki kanannya. Selang lapan minit kemudian, Mertens mencatat hatrik, sekali lagi dengan tendangan kuat kaki kanannya dari luar kotak penalti. Dengan tambahan tiga mata ini, Napoli memungut tiga mata untuk berada di tempat kedua di belakang Juventus. Juventus kini mengumpul 79 mata, manakala Napoli ketinggalan enam mata (73). Sementara itu, Bologna berada di posisi ke-13 dengan 37 mata.