MANCHESTER United bersedia untuk melantik 40 rangkaian luar selaku pencari bakat untuk memastikan kelab ini terus berkembang di seluruh dunia dan tidak ketandusan pemain. Bekas pengurus David Moyes sebelum ini pernah merungut berkaitan dengan maklumat pemain yang tidak lengkap. Bagi memastikan kelab ini tidak ketandusan pemain-pemain muda, Ed Woodward (naib pengerusi kelab) mula membuat perubahan dengan melantik pencari-pencari bakat di seluruh dunia bagi memastikan operasi pencarian bakat lebih lancar dan melahirkan prospek yang baik dalam bola sepak. Pencari bakat, Nolan Partners yang bekerja rapat dengan United yang kini dalam proses mencari pemain di pelusuk daerah. United amat mementingkan program akademi mereka ini bagi memastikan setiap pengurus yang mengendalikan skuad utama tidak menghadapi kesukaran untuk memilih mana-mana pemain bagi jangka masa panjang. Sementara itu, akademi Chelsea mendapat sambutan baik daripada ibu bapa pemain-pemain muda selepas kapten The Blues mendaftar anak perempuannya bermain bola sepak. Sebelum ini skuad kanak-kanak perempuan kurang menyerlah di pusat latihan Cobham yang tidak mendapat kemudahan secukupnya. Namun, sejak anak pemain veteran itu, Summer mula beraksi dua tahun lalu, Terry memastikan setiap ibu bapa yang hadir berada dalam keadaan selesa menonton anak-anak mereka berlatih sambil bersantai dan minum kopi serta setiap pemain akan mendapat pakej makanan selepas perlawanan.