suria

Man City Perlu Sekat C. Ronaldo - Kompany

VINCENT Kompany mahu Manchester City menyekat kemaraan Cristiano Ronaldo atau melupakan hasrat untuk beraksi di final Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Ini kerana, Kompany tidak mahu Ronaldo menjaringkan gol dalam perlawanan antara City menentang Real Madrid dalam separuh akhir UCL.

Setakat ini, Ronaldo telah menjaringkan 16 gol dalam saingan UCL dan 47 gol keseluruhan untuk Real madrid.

Kompany turut mengingatkan rakan sepasukannya bagaimana Ronaldo menjadi penyebab kemenangan Real kepada Wolfsburg dalam saingan suku akhir sebelum ini.

"Jika pasukan kamu menentang Real atau Barcelona, kamu perlu menyekat Ronaldo atau Messi, jika tidak mereka akan memberi masalah," katanya.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain