Pemain pilihan keempat kejohanan ini mengenepikan pemain Hong Kong, Vincent Wong Wing Ki 23-21 dan 21-12.
Chong Wei yang kini menduduki ranking kedua dunia bakal bertemu pemain Taiwan, Chou Tien Chen selaku pilihan keenam yang menundukkan pemain Jepun, Takuma Ueda 21-18 dan 21-13.
Zulfadli Zulkiffli pula ternyata tidak mampu menghalang jaguh nombor satu dunia Chen Long di pusingan kedua.
Chen Long akan bertemu pilihan ketujuh Tommy Sugiarto dari Indonesia yang sebelum itu menyekat kemaraan pemain Thailand, Boonsak Ponsana dengan pungutan mata 21-17 dan 21-9.
Dalam acara beregu, beregu campuran negara Tan Kian Meng/Lai Pei Jing terkandas di pusingan kedua selepas tewas kepada pasangan tuan rumah Zhang Nan/Zhao Yunlei 21-10 dan 21-12.
Oleh itu pasangan pilihan utama itu menempah pertemuan suku akhir dengan pasangan Korea Selatan, Kim Gi Jung/Shin Seung Chan yang menundukkan Praveen Jordan/Debby Susanto dari Indonesia 21-17 dan 22-20.
Beregu wanita utama negara Vivian Hoo/Woon Khei Wei yang mendapat 'bye' semalam gagal mara ke suku akhir selepas tewas kepada pasangan Indonesia Nitya Krishinda Maheswari/Gresysia Polii yang merupakan pilihan ketiga.
Walaupun pada set pertama pasangan negara menang 21-18, namun pasangan Indonesia bangkit di set kedua dan set penentuan dengan memungut mata 22-20 dan 21-11.
Pasangan lelaki negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong turut tersingkir selepas tewas kepada pasangan Jepun Takeshi Kamura/Keigo Sonoda 13-21 dan 18-21.