PENGURUS Atletico Madrid, Diego Simeone dikenakan hukuman penggantungan tiga perlawanan selepas insiden bola dibaling ke dalam padang ketika aksi menentang Malaga. Simeone didakwa mengarahkan seorang pekerja untuk membaling bola ke dalam padang ketika kedudukan terikat 0-0. Susulan insiden itu, beliau digantung dalam tiga perlawanan domestik. Selepas insiden itu Simeone berkata: Imej akan menunjukkan apa yang berlaku. Ia menjadi lebih jelas, pengadil membuat keputusan tepat mengikut peraturan. "Dia melakukan apa yang sepatutnya. Apa yang boleh dikatakan, lelaki di sebelah saya yang membaling bola tersebut tetapi ia tidak bermakna apa-apa," katanya.