suria

Atletico Ke Final Liga Juara-Juara Dengan Agregat 2-2

ATLETICO Madrid berjaya menempah tiket ke final Liga Juara-Juara setelah kalah 2-1 kepada Bayern Munich, dalam perlawanan yang berlangsung di Allianz Arena, awal pagi Rabu.

Gol tunggal Antonio Griezmann menjadi penentu dalam perlawanan mendebarkan ini, sekali gus memastikan Atletico mara ke final.


Walaupun terikat dengan agregat 2-2, wakil dari Sepanyol itu tetap layak untuk beraksi dalam perlawanan di San Siro, pada 29 Mei depan dengan kelebihan gol di kandang lawan.

Dalam separuh akhir pertama, Atletico yang bermain di tempat sendiri menang 1-0 ke atas Bayern.

Dalam perlawanan ini, Bayern lebih banyak menguasai perlawanan serta melancarkan serangan.

Penyerang Bayern, Robert Lewandowski beberapa kali  mengancam gawang Atletico, tetapi tidak membuahkan hasil kerana penjaga gol Atletico Jan Oblak menunjukkan prestasi luar biasa.

Serangan Bayern banyak dibuat menerusi tendangan kuat Arturo Vidal dari luar kotak penalti dengan sekurang-kurangnya tiga tendangan dibuat pada babak pertama, namun mampu diselamatkan Oblak. Dia juga berjaya menyelamatkan bola ketika perlu berdepan secara langsung dengan Lewandowski yang mendapat hantaran daripada Muller.

Gol pertama perlawanan diperolehi oleh tuan rumah menerusi Xabi Alonso yang melakukan tendangan bebas pada minit ke-31 dan merupakan gol ketiga Alonso di Liga Juara-Juara.

Keyakinan tuan rumah untuk menambah gol semakin membuak-buak sebaik sahaja dihadiahkan penalti oleh pengadil. Tetapi, sepakan itu yang diambil oleh Muller berjaya diselamatkan Oblak. Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada babak kedua, Atletico berjaya menyamakan kedudukan 1-1 ketika tuan rumah asyik menyerang menerusi serangan pantas Fernando Torres yang melepaskan umpan silang kepada  Griezmann.

Kedudukan berubah menjadi 2-1 apabila tandukan tandukan Lewandowski tidak mampu diselamatkan Oblak yang menerima umpan Vidal. 

Artikel Lain