suria

Pemain Cameroon Meninggal Selepas Rebah Dalam Padang

Gambar kenangan Ekeng (kiri) bersama Stephane Mbia ketika bersama-sama memperkuat Cameroon.

BUCHAREST: Pemain antarabangsa Cameroon, Patrick Ekeng meninggal dunia selepas rebah di padang ketika sedang beraksi bersama kelabnya, Dinamo Bucharest dalam saingan Liga Divisyen Satu Romania.

Pemain tengah berusia 26 tahun itu rebah pada minit ke-70 perlawanan.

Difahamkan Ekeng hanya sempat beraksi selama tujuh minit selepas diturunkan dari bangku simpanan.

Kematian Ekeng dipercayai berpunca daripada serangan jantung.

Ekeng yang menyertai kelab Romania itu pada Januari lalu dikejarkan ke hospital selepas pasukan perubatan Bucharest tidak dapat menyedarkannya.

"Cubaan untuk menyedarkannya dilakukan lebih kurang sejam setengah, namun tidak berjaya," kata Dr Liviu Batineanu.

Pengarah Eksekutif Bucharest, Ionel Danciulescu meluahkan perasaan terkejut selepas kematian Ekeng yang mengingatkannya terhadap seorang lagi pemain kelab, Catalin Haldan yang meninggal dunia ketika perlawanan persahabatan pada Oktober 2000.

"Saya sukar untuk mempercayainya. Ia adalah mimpi buruk bagi saya, pasukan dan juga semua penyokong Dinamo. Ini keterlaluan. Kami seolah-olah terkena sumpahan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain