JOHN Terry mengakhiri kariernya di Chelsea selama 18 tahun dengan menerima layangan kad merah dalam pertemuan dengan Sunderland pada Sabtu. Terry menerima kad merah selepas dilayangkan dua kad kuning, berikutan itu dia bakal terlepas dua perlawanan seterusnya. Layangan kad merah itu adalah yang kedua untuk ketua pasukan Chelsea itu pada musim ini. Skuad kendalian Guus Hiddink akan berangkat ke Liverpool pada Rabu untuk mengharungi perlawanan terakhir pada musim ini. Terry, 35, tidak disambung kontraknya di Chelsea yang akan berakhir pada musim ini. Bekas pemain England itu memulakan karier bersama Chelsea ketika berusia 17 tahun.