LEICESTER City dijangka akan menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan di kedudukan ketujuh dengan memungut 59 mata. Ramalan itu dibuat menerusi simulasi yang dilakukan oleh permainan video terkenal Football Manager (FM). Hasil simulasi itu, FM menyatakan Manchester City yang dipimpin oleh Pep Guardiola sebagai juara EPL. Bagaimanapun penyerang Leicester, Jamie Vardy kekal sebagai penjaring terbanyak mengalahkan Harry Kane dari Tottenham Hotspurs. Selain itu, kelab bimbingan Claudio Ranieri itu tetap berjaya menewaskan Manchester United, Chelsea dan Tottenham di gelanggang sendiri. Dalam ramalan itu, Leicester dikatakan menandatangani enam pemain baharu iaitu Joel Veltman (Ajax), Diego Rolan (Bordeaux), Kwadwo Asamoah (Juventus), pertahanan River Plate Emmanuel Mammana dan pemain muda dari Walsall, Rico Henry.