STEVEN Gerrard merancang untuk kembali ke Liverpool kerana merindui rakan-rakan dan perlawanan di Anfield. Bekas ketua pasukan Liverpool itu berhijrah ke LA Galaxy selepas 17 berkhidmat untuk The Reds. Ketika sesi soal jawab bersama peminatnya, Gerrard berkata, keluarganya kini gembira tinggal di California. Namun dia ingin pulang ke pangkuan kelabnya untuk terus berjasa kepada Liverpool. "Saya ingin kembali, tapi saya tidak mahu memulakan sebarang khabar angin kerana gembira di mana saya berada ketika ini. "Saya yakin pada satu masa nanti saya akan kembali mewakili Liverpool walaupun bukan lagi seorang pemain," jelasnya.