suria

Leicester Bimbang Kante Ke Arsenal

Kante bersama Piala Liga Perdana Inggeris

PENGURUSAN Leicester mengakui bimbang jika pemain tengahnya, N'Golo Kante berhijrah ke Arsenal pada musim depan.

Kante kini dianggap sebagai pemain tengah penting selepas dia berjaya membantu kelabnya menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini.

Pemain berusia 25 tahun itu dijangka menebus kontraknya yang dianggar bernilai £20 juta untuk berhijrah.

Selain Kante, Arsenal turut berminat untuk mendapatkan dua lagi pemain Leicester iaitu Jamie Vardy dan Riyad Mahrez.

Kebimbangan Leicester semakin meningkat kerana pengendali Arsenal, Arsene Wenger yang berasal dari Perancis mampu meyakinkan Kante yang juga dari negara sama.

Artikel Lain