PENYOKONG Barcelona tidak puas hati apabila dilarang membawa dan mengibarkan bendera Catalan di final Copa del Rey. Arahan itu dikeluarkan oleh pemerintah Kota Madrid terhadap penyokong Barcelona di mana kelab itu akan turun bermain di Vicente Calderon, 22 Mei ini. Barcelona akan berdepan Sevilla dalam pertandingan tersebut. Juara La Liga musim ini menganggap larangan itu sebagai perlanggaran terhadap kebebasan berekspresi. “FC Barcelona menolak keras pengumuman tersebut,” demikian kenyataan dikeluarkan Barcelona memetik AFP. “FC Barcelona menganggap keputusan ini sebagai perlanggaran terhadap kebebasan berekspresi, hak dasar setiap individu untuk mengekspresiken idea dan pandangan mereka dengan bebas dan tanpa sekatan, hak yang diakui dalam Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia.” UEFA sekurang-kurangnya telah dua kali menjatuhkan hukuman denda terhadap Barcelona kerana mengibarkan bendera tersebut dalam perlawanan yang dilarang. UEFA berpendapat bahawa Estelada merupakan simbol politik yang bersifat provokatif dan tidak mempunyai kaitan dengan sukan atau bola sepak.