suria

Bekas Pemain Legenda Ginola Koma, Rebah Ketika Beraksi

BEKAS pemain Newcastle United, David Ginola berada dalam keadaan koma di Hospital Princess Grace selepas rebah ketika bermain bola sepak di Perancis.

Menurut ejennya sebelum ini, Ginola mengalami strok haba  ketika bermain dalam cuaca panas, namun beberapa media yang berada di sana berkata pemain legenda itu kelihatan tidak 'berapa' baik'.

Bekas pemain kebangsaan Perancis berusia  49 tahun ini, dikatakan mengalamai masalah jantung dan rebah di padang bola di daerah Mandelieu pada Rabu petang.




Jean Philippe Lustyk yang berada di tempat kejadian bersama Ginola berkata, insiden berlaku pukul 4.30 petang Rabu dan situasinya sangat dramatik.

"Dia berada dalam keadaan koma sekarang. Terdapat masalah injap tersekat sekaligus terkena serangan jantung. Dia jatuh di hadapan kami.

"Pengumuman yang dibuat di laman Twitter adalah dari ejennya. Tetapi buat masa sekarang dia tidak berada dalam keadaan baik," jelasnya.

David Ginola, Koma

Artikel Lain