suria

Piala Thomas: Jorgensen Diketepikan, Perhitungan Malaysia Ke Final Jumaat

Jorgensen diketepikan dalam barisan Denmark menjelang pertemuan separuh akhir bertemu Malaysia pada Jumaat.

KUNSHAN: Menjelang perlawanan separuh akhir, Denmark membuat percaturan baharu dengan mengetepikan Jan O Jorgensen bertemu Malaysia bermula pukul 7 malam Jumaat.

Di atas kertas, kedua-dia pasukan kelihatan seimbang untuk mencatat kemenangan di mana barisan pemain Malaysia diketuai Datuk Lee Chong Wei yang telah mencatat kemenangan lapan kali ke atas Viktor Axelsen manakala pasangan beregu V Shem-Wee Kiong Mathias berdepan Boe-Mads Conrad-Petersen buat kali pertama.

Lebih menarik, perlawanan di antara  Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan  Hans-Kristian Vittinghus dalam aksi perseorangan kedua.

Mereka tidak pernah bertemu, namun kedua-duanya menjadi tumpuan di Kunshan.

Dalam aksi beregu kedua, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong akan menentang  Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen juga buat kali pertama, namun kelebihan dari segi pengalaman memihak kepada beregu senior negara ini.

Sekiranya kedudukan seri, Chong Wei Feng bakal memmikul tugas berat. Dia pernah tewas dengan Emil Holst pada kejohanan Terbuka Malaysia tahun lalu.

Hanya beberapa jam lagi, pasukan Malaysia bakal membuktikan sama ada mereka layak atau tidak mara ke final.


Malaysia lwn Denmark 

Perseorangan pertama: Lee Chong Wei lwn Viktor Axelsen

Beregu kedua: Goh V Shem-Tan Wee Kiong lwn Mathias Boe-Mads Conrad-Petersen

Perseorangan kedua:Iskandar Zulkarnain Zainuddin lwn Hans-Kristian Vittinghus 

Beregu kedua: Koo Kien Keat-Tan Boon Heong lwn Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen

Perseorangan ketiga: Chong Wei Feng lwn Emil Holst 

Artikel Lain