MANCHESTER United bakal menerima semula khidmat Luke Shaw pada saingan musim selepas pemain itu diterima menjalani latihan bersama skuad utama di Kompleks AON. Pemain pertahanan kiri itu mengalami mimpi ngeri selepas kakinya patah dua dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang PSV pada September tahun lalu. Shaw kembali dalam sesi latihan persediaan menentang Crystal Palace bagi final Piala FA pada Sabtu ini. Pemain berusia 20 tahun itu yang kelihatan telah melupakan kecederaan sebelum ini bagaimanapun tidak akan beraksi untuk perlawanan Sabtu ini. Ini kerana dia perlu meningkatkan kecergasan pada tahap maksimum sebelum disenaraikan dalam kesebelasan utama pada musim depan.