MUGELLO: Pelumba Movistar Yamaha MotoGP, Valentino Rossi akan memulakan perlumbaan Grand Prix Itali di petak pertama selepas menguasai sesi ujian masa, pada Sabtu.
Pelumba Itali itu merakam masa 1 minit 46.504 saat untuk mengatasi pelumba Suzuki, Maverick Vinales dan Andrea Iannone (Ducati) untuk melengkapkan barisan depan.
Berikut keputusan sesi ujian masa:
1. Valentino Rossi (Itali) Yamaha 1:46.504s
2. Maverick Vinales (Sepanyol) Suzuki 1:46.598s
3. Andrea Iannone (Itali) Ducati 1:46.607s
4. Marc Marquez (Sepanyol) Honda 1:46.759s
5. Jorge Lorenzo (Sepanyol) Yamaha 1:46.882s
6. Aleix Espargaro (Sepanyol) Suzuki 1:47.186s
7. Dani Pedrosa (Sepanyol) Honda 1:47.218s
8. Bradley Smith (Britain) Yamaha 1:47.247s
9. Danilo Petrucci (Itali) Ducati 1:47.261s
10. Scott Redding (Britain) Ducati 1:47.359s