suria

Vardy Bakal Berkahwin Tanpa Kehadiran Ibu Bapa

BINTANG Leicester City, Jamie Vardy bakal mengahwini tunangnya, Becky Nicholson dalam satu majlis besar-besaran pada Rabu.

Penyerang berusia 29 tahun itu bakal melafazkan perkahwinan mereka di Peckforton Castle, Cheshire yang akan ditemani rakan baiknya, David Nugent.

Namun malang sekali kerana hari  bahagia yang Vardy ini tanpa kehadiran ibu dan bapa tirinya.

Kedua-dua mereka tidak bertegur sapa hampir setahun selepas kemunculan Nicholson dalam hidup Vardy.

Ibunya, Lisa serta bapa tiri Phil yang menjaga Vardy sejak bayi lagi memberitahu Daily Star, mereka tidak akan hadir pada majlis tersebut.

"Saya tidak lagi berurusan secara langsung dengan anak saya. Ia amat memalukan dan sedih," jelas Phil.

Sementara itu ibunya Lisa berkata: "Saya tidak akan bercakap apa-apa mengenai anak saya, sama ada baik atau buruk.

"Saya tidak terganggu. Setiap hari saya bangun, pergi kerja dan menjaga keluarga. Saya tidak akan pergi ke majlis perkahwinan yang mewah."

Sementara itu, datuk dan neneknya, Gerald dan Mavis juga tidak akan hadir pada majlis tersebut.

Gerald berkata sebelum ini,  jelas sekali ada seorang 'wanita' yang hadir di antara pemain bola itu dan ibunya.

Artikel Lain