suria

Terbuka Perancis: Nadal, Williams Mara Ke Pusingan Ketiga

JAGUH tenis Sepanyol, Rafael Nadal mengorak langkah ke pusingan ketiga Terbuka Perancis selepas menewaskan Facundo Bagnis 6-3 6-0 6-3 di gelanggang Philippe Chatrier lewat Khamis malam.

Nadal yang kelihatan selesa dengan corak permainannya,  berjaya mengetepikan pemain Argentina itu secara straight set sekaligus impian ‘La Decima’ (ke-10 dalam bahasa Sepanyol) trofi juara semakin menghampirinya.

Kemenangan ini merupakan rekod ke-200 Nadal dalam aksi Grand Slam keseluruhannya.

Namun pemain berusia 29 tahun yang kini berada di ranking kelima dunia perlu menewaskan Marcel Granollers atau Nicolas Mahut dalam saingan pusingan ketiga nanti.

“Saya akui tahu ini lebih baik berbanding tahun lalu.

“Saya berpeluang bermain dengan baik dalam perlawanan menentang pemain terbaik dunia. Saya sangat gembira kerana dapat kembali bersaing,” jelasnya yang sebelum ini dilanda kecederaan.

Sementara itu, aksi di Roland Garros ini pastinya tidak terlepas dengan aksi pemain wanita pilihan, Serena Williams yang menewaskan Teliana Pereira 6-2 6-1 dalam tempoh 66 minit.

Juara bertahan ini dijangka akan menjulang trofi keempatnya sekira berjaya melepasi pusingan ketiga bertemu sama ada pemain pilihan ke-26 Kristina Mladenovic dari Perancis atau bintang Hungary Timea Babos.

Artikel Lain