suria

Trofi Liga Juara-Juara Milik Real Madrid

Pemain Real meraikan kejayaan mereka.

REAL Madrid menewaskan musuh tetangga, Atletico Madrid menerusi penentuan penalti dalam aksi penuh dramatik pada saingan final Liga Juara-Juara di Stadium San Siro, Milan, awal pagi Ahad.

Ia juga kali kedua Real menewaskan Atletico dalam tempoh tiga tahun untuk merangkul trofi tersebut buat kali ke-11.

Cristiano Ronaldo menjaringkan gol penting penalti penentuan kemenangan Real yang berakhir dengan keputusan 5-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam tempoh masa sebenar dan tambahan.

Kemenangan itu amat berharga buat Zinedine Zidane yang mengendalikan Real pada musim pertama selepas menggantikan Rafael Benitez pada Januari lalu.

Pada pertembungan penuh mendebarkan itu, Yannick Carrasco menjaringkan gol penyamaan Atletico pada lewat permainan selepas Sergio Ramos meletakkan Real di depan pada minit ke-15.

Dua tahun lalu, Real turut mencatat merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara menerusi jaringan 4-1 selepas masa tambahan.

Zidane yang berasal dari Perancis menjadi individu ketujuh untuk memenangi piala tersebut sebagai pemain dan juga pengurus pasukan.


Artikel Lain