suria

Doping: Sharapova Digantung Beraksi Dua Tahun

MARIA Sharapova digantung dua tahun daripada sebarang aksi gara-gara gagal ujian doping ketika aksi Terbuka Australia Januari lalu.

Menurut Sharapova, dia telah mengambil meldonium daripada doktor keluarganya sejak sepuluh tahun lalu sebelum disenaraikan sebagai bahan terlarang oleh Agensi Doping Dunia (WADA) awal tahun ini.

Sharapova mula digantung pada 26 Januari lalu, namun tempoh penggantungan tersebut pasti memberi kesan besar terhadap kemuncak kariernya.

Juara lima kali Grand Slam ini tidak beraksi selepas tewas kepada Serena Williams pada aksi suku akhir kejohanan pertama di Australia musim ini.

Bagaimana pun keputusan pada kejohanan itu dibatalkan.

Sharapova bercadang untuk membuat rayuan terhadap hukuman tersebut kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) selepas mendakwa Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) bertegas mahu menjatuhkan hukuman penggantungan selama empat tahun.

Namun Tribunal Bebas (Program Anti-Doping Tenis) menjatuhkan hukuman dua tahun tempoh setelah menerima penjelasan Sharapova bahawa dia ‘tidak melakukan apa-apa kesalahan secara sengaja.'

“Saya tidak boleh menerima keputusan yang tidak adil dengan hukuman penggantunggan dua tahun ini.

 “Pihak tribunal yang dipilih oleh ITF, bersetuju bahawa saya melakukan kesalahan secara tidak sengaja, tetapi mereka menghalang saya bermain tenis untuk tempoh dua tahun.

“Saya akan membuat rayuan terhadapa hukuman ini kepasa CAS.”

Maria Sharapova

Artikel Sebelum

Artikel Lain