BINTANG muda Nigeria, Kelechi Nwakali mengesahkan bahawa dia telah menyertai Arsenal. Pemain tengah berusia 18 tahun itu membuat pengesahan berkenaan menerusi Facebook dan turut memuat naik gambarnya bersama Arsene Wenger dan Laurent Koscielny. Katanya dalam status Facebook itu, satu hidup baru sedang bermula di Arsenal. Mirror Online melaporkan, Nwakali telah menandatangani kontrak selama lima tahun. Dia juga merupakan pemain Nigeria yang mewakili negara itu dalam Piala Dunia Bawah 17 Tahun di Chile tahun lalu. Nwakali sebelum ini turut diminati oleh Bayern Munich dan Manchester City, namun dia memilih Arsenal. "Saya baru balik dari London, saya telah tandatangani kontrak selama lima tahun. "Banyak pasukan yang minat, tapi telah menjadi cita-cita saya untuk bermain di Arsenal," jelasnya.