PENYERANG Feyenoord berusia 16 tahun, Tahith Chong memuat naik gambar kek untuk meraikan perpindahannya ke Manchester United. Pemain muda itu sebelum ini pernah dikaitkan dengan United namun tiada khabar selanjutnya sehingga dia memuat naik gambar berkenaan. Surprise party for Tahith Chong for he moves to Manchester. With a MUFC11 cake. pic.twitter.com/nwoaTalx1q — Tahith Chong (@TahithChong_) June 13, 2016 Dalam gambar yang dimuatnaik ke Instagram miliknya pada minggu lalu, kek berkenaan tertulis "Pemain Masa Depan Machester United". Pemain berbakat berkenaan dilapor turut dikehendaki oleh Arsenal dan Manchester City. Bakat Chong mula dikesan oleh United ketika dia mewakili Feyenoord dalam kejohanan di Carrington tahun lalu.