JUARA baharu Liga Perdana Inggeris (EPL), Leicester City bakal memulakan kempen mempertahankan gelaran musim 2016-17 dengan bertemu Hull City pada 13 Ogos ini.
Manakala pengurus baharu Manchester United, Jose Mourinho bakal memulakan kempen dengan membawa skuadnya berkunjung ke Bournemouth.
Saingan EPL musim baharu ini dijangka akan menghidangkan persaingan lebih sengit dengan kehadiran beberapa pengendali baharu dari kelab-kelab terkenal dunia termasuk Pep Guardiola yang membimbing Manchester City dan Antonio Conte bersama Chelsea.
Skuad Guardiola bakal menerima kunjungan Sunderland di laman sendiri, serta The Blues turut memulakan kempen baharu bersama Conte bertemu West Ham di Old Trafford.
Sementara itu, Liverpool akan berkunjung ke Emirates bertemu Arsenal.
Jadual pembukaan perlawanan Liga Perdana Inggeris musim 2016-17:
13 Ogos 2016
(Semua perlawanan bermula pukul 10mlm)
Arsenal lwn Liverpool
Bournemouth lwn Manchester United
Burnley lwn Swansea City
Chelsea lwn West Ham United
Crystal Palace lwn West Bromwich Albion
Everton lwn Tottenham Hotspur
Hull City lwn Leicester City
Manchester City lwn Sunderland
Middlesbrough lwn Stoke City
Southampton lwn Watford