suria

Jurulatih Switzerland Puas Hati Ikat Romania 1-1

Mehmedi menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-56 bertemu Romania awal pagi Khamis.

KETUA jurulatih Switzerland Vladimir Petkovic  berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 ke atas Romania pada aksi kedua saingan peringkat Kumpulan A Euro 2016 awal pagi Khamis.

Dengan mengutip empat mata dalam dua perlawanan, sudah cukup untuk melihat skuad Vladimir mara ke pusingan seterusnya biarpun masih berbaki satu perlawanan bertemu tuan rumah, Perancis.

“Kami banyak mencipta peluang, tetapi hanya berjaya menjaringkan satu gol. Saya tidak peduli tentang kekurangan gol, apa yang penting kami perlu memastikan posisi terlebih dahulu.

“Sekarang kami perlu bersedia untuk bertemu dengan Perancis,” katanya.

Pada aksi tersebut, Romania berjaya membuka jaringan awal menerusi sepakan penalti pada minit ke-18 menerusi Bogdan Stancu.

Bagaimanapun harapan untuk meraih tiga mata  penuh musnah apabila Admir Mehmedi pada minit ke-56 permainan.

“Sesuatu yang sukar untuk kembalikan rentak selepas dua tau tiga hari berehat.

“Sebab itulah mahu meletakkan beberapa pemain baharu dalam senarai utama. Secara jelasnya kami agak perlahan pada separuh masa pertama,” jelas jurulatih Romania, Angel Iordanescu.


SENARAI PEMAIN:


Romania: Tatarusanu, Sapunaru, Chiriches, Grigore , Prepelita, Pintilii, orje,Stancu, Chipciu, Keseru, Pantilimon
Jurulatih:Angel Iordanescu

Switzerland: Sommer, Lichtsteiner, Schar, Djourou, Rodriguez, Behrami, Xhaka, Shaqiri, Dzemaili, Mehmedi, Seferovic
Jurulatih:Vladimir Petkovic

Pengadil: Sergei Karasev (Rusia)

Man Of The Match: Mehmedi

Euro2016, Romania, Switzerland

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain