PETAK pertama perlumbaan Grand Prix Eropah di Baku menjadi milik Nico Rosberg selepas mencatat masa terpantas pada saingan kelayakan lewat Sabtu malam. Rosberg yang kini mengetuai kedudukan teratas senarai pelumba Formula Satu (F1) merekodkan masa 1’42.759s di litar jalan raya baharu yang dianggap mencabar serta penuh ‘helah’ ini. Pelumba Mercedes kelahiran Jerman itu mengatasi pencabar terdekat yang juga rakan sepasukannya, Lewis Hamilton yang berada di kedudukan kesepuluh selepas insiden melanggar dinding di Turn 10. Pastinya kemalangan tersebut meranapkan harapan Hamilton untuk melakar rekod sulung untuk berada di petak hadapan selepas menguasai kedudukan pertama dalam dua sesi latihan bebas sebelum ini. Bendera merah dikibar selepas kemalangan tersebut memberi isyarat Hamilton terkeluar. “Saya terkeluar. Saya terkeluar dari sesi ini...,” ujar Hamilton. Hamilton keluar dari jenteranya selepas terbabas melanggar dinding keselamatan di Turn 10. Hamilton kelihatan keluar dari jenteranya selepas terbabas melanggar dinding keselamatan di Turn 10. Sementara itu, pelumba Force India, Sergio Perez berada di petak kedua, namun dikenakan penalti turun ke petak kelima apabila menukar kotak gear tanpa kebenaran selepas jenteranya melanggar dinding keselamatan di Turn 15 pada sesi latihan akhir petang Sabtu. Posisi Perez itu digantikan oleh pelumba Red Bull, Daniel Ricciarto dan diikuti Sebastian Vettel yang menamatkan saingan kelayakan di tempat ketiga. Senarai keputusan kelayakan dan kedudukan petak pelumba Grand Prix Eropah, Baku: PELUMBA PASUKAN MASA 1 Nico Rosberg Mercedes 1' 42.758 2 Sergio Pérez Force India +00.757 3 Daniel Ricciardo Infiniti-Red Bull +01.208 4 Sebastian Vettel Ferrari +01.208 5 Kimi Räikkönen Ferrari +01.511 6 Felipe Massa Williams +01.725 7 Daniil Kvyat Toro Rosso +01.959 8 Valtteri Bottas Williams +02.488 9 Max Verstappen Infiniti-Red Bull +02.812 10 Lewis Hamilton Mercedes +19.196 11 Romain Grosjean Haas +01.997 12 Nico Hülkenberg Force India +02.066 13 Carlos Sainz Jr Toro Rosso +02.242 14 Fernando Alonso McLaren +02.512 15 Esteban Gutiérrez Haas +02.591 16 Felipe Nasr Sauber +03.290 17 Rio Haryanto Manor +02.907 18 Pascal Wehrlein Manor +02.992 19 Jenson Button McLaren +03.046 20 Marcus Ericsson Sauber +03.473 21 Kevin Magnussen Renault +03.590 22 Jolyon Palmer Renault +03.636