suria

Penangguhan Tidak Ganggu Jadual Siap Velodrom Nasional

KUALA LUMPUR: Penangguhan sementara pembinaan Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan berikutan kerangka bumbungnya runtuh pada Sabtu lepas, tidak mengganggu tempoh siap pembinaannya yang dijadualkan sebelum temasya Sukan SEA 2017.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata pada masa ini, Unit Forensik Jabatan Kerja Raya (JKR), jabatan yang bertanggungjawab bagi pembinaan velodrom itu, sedang menyiasat insiden runtuhan itu.

"Ia tidak akan menjejaskan tempoh siap velodrom. Menurut JKR, sedikit gangguan pembinaan akan berlaku tetapi ia tidak akan mengganggu jadual penyiapan pembinaannya menjelang Sukan SEA," katanya Isnin malam.

Pembinaan Velodrom Nasional, yang bermula akhir tahun lepas, dijadual siap pada Julai ini.

Khairy berkata selepas siasatan itu, JKR akan mengeluarkan makluma terperinci termasuk tempoh penangguhan kerja-kerja pembinaan velodrom itu.

Sementara itu, Khairy berkata beliau berpuas hati dengan pelaksanaan kerja-kerja baik pulih yang dijalankan di Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil.

"Hari ini (Isnin), saya sempat melawat Stadium Nasional, Stadium Putra dan Pusat Akuatik Nasional. (Selepas kerja-kerja baik pulih itu) ia akan menyediakan kemudahan infrastruktur yang lebih baik untuk semua atlet," katanya. -Bernama

Velodrom NAsional, Nilai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain