RYAN Giggs dijangka bakal menguruskan kelab Liga Kejuaraan Inggeris sekaligus menyaksikan hubungan panjang bersama Manchester United dititik akhir. Legenda United itu kini sedang aktif mengintai ruang sebagai pengurus buat kali pertama dan menamatkan tempoh 29 tahun di Old Trafford, jelas satu sumber kepada Sportsmail. Giggs turut dikaitkan untuk mengisi kerusi pengurus di Nottingham Forest. Pun begitu, Giggs terpaksa bersaing jika ingin menguruskan kelab tersebut memandangkan Steve Evans telah menolak tawaran Oldham Athletic bagi mengambil alih tugas di City Ground ini walaupun kelab lebih berminat mencari sentuhan jurulatih baharu. Sekiranya tiada tawaran dari Forest, harapan Giggs untuk menjadi pengurus di England agak terhad. Di samping itu, United sendiri dilihat tidak berusaha untuk ‘menyimpan’ Giggs biarpun kontraknya masih lagi berbaki setahun. Giggs bertugas sebagai pembantu Van Gaal sebelum kehadiran Mourinho. Kehadiran Pep Guardiola memberi kesan besar kepada bekas pemain sayap ini yang telah merakamkan pelbagai rekod kemenangan bersama United. Giggs sebelum ini bertugas sebagai pembantu kepada Davis Moyes dan Louis van Gaal, namun posisinya itu akan diambil alih oleh orang kanan Mourinho, Rui Faria. Sebelum itu, United telah memberitahu Giggs untuk menjalankan peranannya sendiri, iaitu menguruskan skuad remaja untuk diserapkan ke pasukan utama. Cadangan tersebut pastinya di luar jangkaan Giggs yang mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada itu. Rekod kejayaan Giggs bersama United: Jumlah keseluruhan trofi: 35 -Trofi Liga Perdana: 13 -Trofi Piala FA: 4 -Trofi Piala Liga: 4 -Trofi Liga Juara-Juara: 2 -Trofi Piala Super UEFA: 1 -Trofi Piala Antara Benua: 1 -Tofi Kelab Piala Dunia Fifa: 1 -Trofi Piala Perisai Komuniti: 9