suria

Tiada Siapa 'Takut' Dengan England - Alan Shearer

PENAMPILAN England pada aksi Euro 2016 setakat ini gagal ‘menakutkan’ pasukan lawan biarpun berjaya mara ke pusingan kalah mati.

Pasukan England menamatkan saingan di tempat kedua Kumpulan B, di belakang Wales selepas mencatat seri tanpa jaringan dengan Slovakia Isnin lalu.

Bekas penyerang The Three Lions, Alan Shearer percaya pertukaran pemain yang dibuat Roy Hodgson adalah masalah utama.

“Hodgson memberitahu dia tidak takut kepada mana-mana pasukan dalam saingan kalah mati nanti, yang mana ia dianggap adil. Tetapi saya tidak nampak pasukan lain berasa gentar untuk bermain dengan kita,” jelasnya kepada BBC.

“Saya pasti Roy tidak tahu untuk menyenaraikan sebelas pemain terbaik atau menggunakan sistem sesuai dan ia membuat pasukan menjadi sukar.

“Sesiapa sahaja yang akan menjadi lawan, kita perlu ada peningkatan...sama ada usaha untuk menjaringkan gol cantik atau berdepan dengan situasi buruk.”

Pun begitu, England kini masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah dengan satu menang dan dua seri, biarpun mereka hanya menjaringkan tiga gol sahaja.

Cabaran lebih sukar bakal dihadapi England jika bertemu tuan rumah Perancis dan juara dunia Jerman, walaupun dalam kelompok 16 pasukan mereka akan bertemu dengan pasukan yang kurang terkenal.

“Jangkaan pada aksi ini tidak terlalu tinggi kerana sesetengah pasukan yang lemah akan bangkit. Banyak pasukan lebih berfikiran 'bertahan',” jelasnya.

“Mereka (lawan) yakin akan kekal dalam saingan jika melihat corak permainan England.

“Peluang yang ada hanyalah menjaringkan gol. Sebab itulah kita perlu lebih terbuka dalam menyusun barisan pemain.”

Tambah bekas kapten England itu: “Kami sekarang berada sebaris dengan pasukan Jerman, Sepanyol, Itali dan Perancis yang akan menjadi pasukan lawan jika berjaya ke suku akhir.

 “Namun saya tidak meletak harapan terlalu tinggi.”

Euro2016, England, Alan Shearer

Artikel Lain