ARSENAL dilapor menolak hasrat beberapa kelab yang ingin membuat pertanyaan untuk mendapatkan khidmat Olivier Giroud. Kelab-kelab tersebut ingin mendapatkan penyerang Perancis berusia 29 tahun itu selepas skuadnya layak ke final Euro 2016. Malangnya, selain menolak sebarang perbincangan atau pertanyaan dibuat, Arsenal turut menegaskan bahawa Giroud tidak akan dijual. Giroud telah menjaringkan 82 gol daripada 187 penampilan selepas menyertai Arsenal dari Montpellier dengan yuran perpindahan bernilai £13 juta, empat tahun lalu. Dalam saingan Euro, Giroud menjaringkan gol ketika menentang Romania dan Iceland dan akan ditugaskan sebagai penyerang utama dalam aksi final menentang Portugal nanti. - Daily Mirror