suria

Ronaldo Hadiahkan Diri Sendiri Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport

CRISTIANO Ronaldo meraikan dirinya sendiri selepas Portugal berjaya menjuarai Piala Eropah 2016 dengan membayar £1.7 juta bagi mendapatkan kereta sport paling mewah di jalan raya, Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport.

Bintang Real Madrid itu mengalami kekecewaan selepas tidak dapat meneruskan permainan dalam perlawanan akhir Isnin lalu kerana mengalami kecederaan dan terpaksa menonton rakan-rakannya bermain dari luar padang.

Bagaimanapun Portugal tetap membawa pulang trofi dan gelaran juara apabila berjaya menewaskan tuan rumah, Perancis 1-0.

Ronaldo kini, yang sedang berada di Ibiza untuk bercuti bersama keluarganya, telah membuat keputusan untuk 'mengubat' kekecewaan serta meraikan kejayaan pasukannya itu dengan membeli sebuah kereta 'sport' mewah untuk dirinya.



Kereta model 16.4 Grand Sport berwarna hitam itu, adalah jenis kereta paling mewah dalam kumpulannya yang pernah dikeluarkan oleh Bugatti. Ia dipercayai berharga £1.7 juta, dengan hanya 450 buah dikeluarkan di seluruh dunia.

Ia dikatakan mampu meluncur di jalan raya pada kelajuan dari 0 hingga 100 km/jam dalam masa 2.6 saat dengan 'top speed' yang mencapai 410.4 km/jam.


Ronaldo memaklumkan mengenai pembeliannya itu di akaun Instagramnya dan menulis: 'The Animal telah tiba.'

Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport telah menambah koleksi kereta Ronaldo.

Sebelum ini dia memiliki kereta Lamborghini Aventador LP 700-4, Ferrari 599 GTO, Porsche Cayenne Turbo, Mercedes-Benz C220 CDI, Bugatti Veyron, dan Aston Martin DB9.

Artikel Sebelum

Artikel Lain