PENGURUS Manchester United Jose Mourinho telah membawa masuk Raphael Varane ke Real Madrid pada tahun 2011 dan dia telah menjadi salah seorang pemain pertahanan muda terbaik di Eropah. Eric Bailly, yang menyertai Manchester United dengan nilai £30 juta Jun lalu, telah membuat penampilan pertamanya bersama United dalam perlawanan pra-musim ke menentang Wigan, awal pagi Ahad dan mencatat kemenangan 2-0. Menurut Mourinho, dia mahu membimbing pemain berusia 22 tahun itu dengan cara yang sama seperti yang telah dia lakukan terhadap Varane. Bercakap kepada Telegraph, Mourinho berkata: "Saya akan memberikan segala tunjuk ajar kepada Eric dalam usaha menjadikannya sentiasa lebih baik seperti yang saya lakukan kepada pemain pertahanan lain yang pernah saya bimbing sebelum ini. "Contohnya Varane dan saya dengan sedaya-upaya saya akan cuba untuk menjadikannya pemain terbaik. "Sudah tentu dia adalah pemain yang masih muda dan mentah yang datang dari persekitaran yang sama sekali berbeza, tetapi anda boleh lihat apa yang ada padanya sekarang. "Dia, kami telah lihat menunjukkan potensi apabila kami membuat keputusan untuk membelinya."