PEP Guardiola menyerahkan kepada pemain-pemainnya untuk memilih kapten pasukan bagi Manchester City. Guardiola berkata, sekiranya Vincent Kompany yang kini dibelenggu kecederaan berpanjangan terpaksa diketepikan, skuadnya terpaksa memilih kapten yang baharu. Kompany masih dibelenggu kecederaan berpanjangan. "Pemain-pemain perlu membuat keputusan sendiri untuk memilih kapten pasukan. Saya tidak sentiasa berada di bilik persalinan, bilik pemain atau bersama mereka ketika sesuatu perkara perlu diputuskan. "Mereka perlu memilih yang kapten terbaik untuk skuad sendiri. "Kami baharu bersama beberapa minggu atau sebulan dan mereka lebih kenal antara satu sama lain lebih daripada saya. Itu tanggungjawab mereka," jelasnya. Namun Guardiola turut memberi pendapat antara pemain layak dicalonkan memikul tugas itu termasuk Joe hart, Yaya Toure, Pablo Zabaleta atau Sergio Ramos.