suria

Liverpool Perkenal Jersi Baharu

LIVERPOOL secara rasmi memperkenalkan jersi baharu hijau terang yang nampak lebih menyerlah dan berani bagi mengharungi persaingan sepanjang musim 2016/17.

Kelab Anfield memperkenalkan jersi terbaharu itu menerusi siaran langsung dari ibu pejabat media sosial gergasi di Menlo Park, California, semasa pra-musim Reds di Palo Alto.

Jersi yang direka khas untuk program kemenangan Piala UEFA 2001 menentang Alaves di Dortmund turut menggabungkan warna hijau dan kelabu sebagai simbol 'toksik dan guruh'.

Menariknya, jersi yang dibuat oleh jenama New Balance itu turut memaparkan logo Standard Chartered selaku penaja yang akan dipakai bersama seluar pendek hijau serta sarung kaki turut dihiasi dengan corak Hillsborough di belakang kolar jersi berkenaan.

Jersi ini juga akan dihias  dengan slogan dari Bill Shankly di sepanjang garis leher bahagian dalam baju berkenaan, selain slogan Gerard Houllier, di bahagian dalam hem, belakang jersi tersebut.

Bagi penjaga gol kelab itu pula akan memakai jersi berwarna 'kelabu logam'.

Turut hadir pada siaran itu adalah Pengurus pasukan, Jurgen Klopp serta pemainnya, James Milner, Simon Mignolet dan Adam Lallana yang memperagakan jersi baharu itu.

"Jersi baharu ini pasti akan menarik perhatian ramai dan akan kelihatan menonjol di padang. Saya sentiasa berbesar hati mewakili LFC dan ia tentu menarik untuk memakai warna-warna seperti itu," kata Klopp.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain