ATLETICO Madrid akan meneruskan minat mereka terhadap Diego Costa dalam beberapa hari lagi, dengan pegawai di kelab Sepanyol itu yakin akan mendapatkan pemain itu. Penyerang Chelsea itu berpindah ke barat London dari Atletico dengan kontrak £32 juta (RM174.98 juta) tetapi sering kali dikaitkan dengan khabar angin dia akan kembali ke kelab asalnya. Chelsea telah menghubungi Atletico dua kali bagi menyuarakan rasa tidak puas hati apabila mereka melihat ia sebagai sesuatu yang tidak perlu. Hasrat Atletico untuk mengambil semula Costa hanya akan mencetuskan kemarahan semua di Stamford Bridge yang berkeras menyifatkan pemain bukan untuk dijual. Bagaimanapun, satu bidaan akan berlaku dalam masa terdekat, dengan tawaran kira-kira £40 juta (RM213.37 juta). Atletico pula yakin bahawa pemain berusia 27 tahun yang membuat 56 jaringan untuk kelab itu selama lebih dua tahun akan kembali menjadi bintang di Vicente Calderon. - Mail Online