suria

Kontrak Sergio Aguero Bersama Man City Bakal Dilanjut

Sergio Aguero.

PEMAIN Manchester City, Sergio Aguero bakal melanjutkan kontraknya dengan pasukan itu sebelum musim baharu bermula.

Aguero mengikat perjanjian dengan kelab itu sehingga musim panas 2019 tetapi difahamkan penyambungan kontraknya telah dipersetujui.

Manchester City akan mengesahkan mengenai perkara itu.

Pemain skuad kebangsaan Argentina itu berkata, dia mahu kembali ke kelab lamanya, Independiente pada penghujung kerjayanya.

Tetapi Aguero menjadi bintang di Manchester City sejak penghijrahannya dari Atletico Madrid pada 2011.

Ini membuatkan kelab tersebut mahu terus mengekalkannya selama yang mungkin. - Mail Online

Sergio Aguero

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain