ARSENE Wenger sedang merancang untuk mendapatkan pertahanan West Brom, Jonny Evans dengan nilai sebanyak £15 juta lapor Daily Mirror. Pengendali Arsenal itu perlukan pemain lebih baik untuk mengemudi barisan pertahanannya dan pemain Ireland Utara berkenaan menjadi pilihan utama. Pembelian berkenaan merupakan perancangan jangka panjang selepas Arsenal perlu melupakan khidmat Per Mertesacker selama empat bulan akibat kecederaan. Evans mempamerkan aksi memberangsangkan pada musim lalu selepas menyertai West Brom dari Manchester United dengan nilai £8 juta. Pemain berkenaan kemudian berjaya mengekalkan kecemerlangannya dalam aksi Euro. Pertahanan tengah berusia 28 tahun itu yang telah membuat 34 penampilan bersama West Brom turut diminati oleh Bournemouth.