Ibrahimovic, 34, mengambil hantaran silang daripada Antonio Valencia dalam kejayaan United menewaskan Galatasaray 5-2 pada aksi persahabatan antarabangsa, awal pagi Ahad.
Kelab Turki itu bagaimanapun bangkit untuk mendahului 2-1 hasil jaringan Sinan Gumus dan Bruma.
Tetapi United tidak memberi peluang apabila bangkit mengubah keputusan melalui Wayne Rooney yang menjaringkan dua gol, manakala Marouane Fellaini dan Juan Mata masing-masing satu gol.
"Sesuatu yang besar bakal menghampiri kita, tahun ini akan menjadi sangat menarik.
"Katakanlah jika Pogba juga datang, ia akan menjadi sangat menarik," katanya.
Dia menambah: "Saya akan membantu pasukan sebanyak yang mungkin, melakukannya dengan segala kemahiran yang saya ada, mencipta peluang dan menjaringkan gol."