suria

Olimpik: Djokovic Kecewa Lagi

Djokovic kecewa selepas harapan untuk memenangi pingat emas bagi acara beregu tidak kesampaian.

PEMAIN No.1 dunia, Novak Djokovic sekali lagi dihimpit kekecewaan pada temasya Olimpik, Rio apabila dia dan pasangannya, Nenad Zimonjic tewas di tangan Bruno Soares dan Marcelo Melo dari Brazil dengan straight set.

Ia merupakan kekalahan kedua Djokovic pada temasya empat tahun sekali itu.

Terdahulu Djokovic tewas 7-6 (7/4) 7-6 (7/2) kepada Juan Martin del Potro pada pusingan pertama acara perseorangan lelaki.

Malah, Djokovic menyifatkan kekalahan di tangan Del Potro sebagai kekalahan terburuk dalam hidupnya sekali gus membantut harapan untuk merangkul pingat emas Olimpik.

Dalam acara beregu itu, pemain tuan rumah menang 6-4, 6-4 dalam masa 73 minit.


Novak Djokovic, Sukan Olimpik

Artikel Lain