PAUL Pogba mengakui dia mendengar nasihat ibunya untuk kembali ke Manchester United yang menjadi rekod perpindahan tertinggi dunia iaitu 100 juta pound. Pemain antarabangsa Perancis itu secara rasminya menjadi pemain Manchester United pada Selasa pagi selepas tiba di Kompleks Latihan AON bagi menjalani ujian kesihatan. Ketika sesi temuramah pertamanya bersama Mail Online, Pogba mengakui ketibaannya di England seperti tempoh percutian empat tahun dalam Serie A. Bercakap di MUTV, pemain berusia 23 tahun itu berkata: "Tidak ada perkataan yang sesuai untuk diluahkan apabila dapat kembali ke Carrington, ia seperti kembali ke rumah sendiri. "Ia juga seperti saya pergi bercuti dan kini pulang ke rumah. Saya gembira melihat semua orang tetap sama dan secara jujurnya ia satu perasaan yang baik. "Saya rasakan ini adalah sebuah takdir. Pertamanya, ibu saya ada memberitahu bahawa saya mungkin kembali ke sini. Saya memberitahunya, kamu tidak akan tahu, kita akan lihat. "Bagi diri saya, ini adalah satu cabaran apabila kembali ke tempat asal, tempat saya membesar yang semuanya bermuladi sini. Saya tidak menyelesaikan apa yang saya telah mulakan. "Dan saya fikir, saya datang ke sini untuk menyelesaikan segalanya. "Semua orang berkata, seorang ibu sentiasa betul, jadi kali ini dia tepat sekali. Ia sangat bagus". Dalam pada itu, Pogba tidak berminat untuk bercerita mengenai nilai perpindahan yang mencatat rekod dunia, yang mengatasi rekod perpindahan Gareth Bale bernilai 86 juta pound ketika berhijrah dari Tottenham ke Real Madrid. "Saya hanya mahu tumpukan perkara di padang. Saya mahu lakukan yang terbaik. Saya mahu menjadi salah seorang yang terbaik. Saya mahu gelaran juara, dan mahu mencapai segalanya. Itulah sebabnya saya kembali ke sini. Malah saya tahun kelab ini telah memenangi kemenangan. Saya bersedia untuk bekerja dan capainya". Pogba kembali ke Stamford Bridge selepas meninggalkan United pada tahun 2012 dengan harga bernilai 800,000 pound sahaja.