suria

Biles Terlepas Emas Acara Batang Titian

Biles tergelincir ketika melakukan rutin batang titian.

GIMNAS Amerika Syarikat, Simone Biles terlepas pingat emas keempatnya pada Sukan Olimpik Rio apabila sekadar memenangi gangsa dalam acara batang titian.

Pingat emas dimenangi gimas Belanda, Sanne Wevers.

Biles, 19,  tergelincir dan meletakkan tangannya di atas batang titian semasa melakukan rutin itu.

Wevers, 24, menjadi atlet wanita Belanda pertama memenangi pingat Olimpik bagi acara gimnastik.

Atlet AS berusia 16 tahun, Laurie Hernandez pula membawa pulang pingat perak.

Biles yang memenangi acara all-around, melombol dan emas berpasukan di Rio akan beraksi pada acara senam lantai pada Selasa.

Wever mengutip 15.466 manakala Hernandez 15.333 mata.

Biles sekadar memperoleh 14.733 mata.

gimnas, Simone Biles

Artikel Lain