DAVID Rudisha menjadi atlet lelaki pertama sejak 1964 untuk mempertahankan gelaran juara Olimpik acara 800 meter di Rio 2016. Pelari Kenya itu yang juga pemegang rekod dunia menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 1:42.16 saat. Rudisha yang memenangi pingat emas di London, empat tahun lalu berjaya mengenepikan pelari Algeria, Taoufik Makhloufi yang memperoleh pingat perak dan Clayton Murphy sekadar gangsa. Pelari berusia 27 tahun itu menyertai tiga atlet lelaki lain yang turut mempertahankan gelaran juara acara 800m. Tiga atlet itu adalah Douglas Love (1924, 1928) mewakili Great Britain, Mai Whitfield (1948, 1952) - Amerika Syarikat dan Peter Snell (1960, 1964) dari New Zealand.