suria

Zaqwan Kembali Di Litar Kejuaraan Cub Prix

PETALING JAYA: Mohd Zaqhwan Zaidi kini kembali merancakkan saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS kelas CP130 pada pusingan keenam di Kemaman, Terengganu hujung minggu ini.

Zaqhwan sebelum ini tidak beraksi pada pusingan kelima di Teluk Intan kerana menyertai saingan berprestij Kejuaraan Suzuka 8-Hour Endurance di Litar Suzuka, Jepun.

Pelumba Givi Honda Yuzy Racing itu berjaya menamatkan saingan dengan cemerlang apabila berjaya menduduki kelompok 10 pasukan terbaik selain pasukannya Satu Hati Honda Team Asiaturut muncul sebagai pasukan terbaik buat jentera Honda.

Penampilan cemerlang itu diteruskan dengan dua penamat podium dalam saingan Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berlangsung di Litar Sentul, Indonesia, awal bulan ini.

Bagaimanapun, pencapaian cemerlang di peringkat antarabangsa sedikit menjejaskan kedudukan Zaqhwan dalam saingan tempatan sekalipun kini berkongsi kedudukan selaku pendahulu kategori SuperSports 600cc bersama Tomoyoshi Koyama.

Ketiadaan Zaqhwan di Teluk Intan menyaksikan kedudukannya jatuh ke tangga keenam keseluruhan dengan jumlah 45 mata.

"Agak malang kerana perlumbaan Suzuka 8-Hour berlangsung serentak dengan Cub Prix di Teluk Intan. Misi untuk mengejar kedudukan Kasma Daniel Kasmayudin dan Ahmad Fazli Sham kini semakin sukar memandangkan mereka semakin menjarakkan diri di kedudukan teratas. 

"Misi utama saya sekarang adalah untuk menempatkan diri di kelompok tiga terbaik terlebih dahulu dan ia lebih realistik," jelas Zaqhwan.

Artikel Lain