suria

Olimpik Rio Labuh Tirai Dalam Suasana Penuh Gemilang

SUKAN Olimpik Rio 2016 melabuhkan tirainya dalam suasana penuh gilang-gemilang.

Majlis berwarna-warni yang berlangsung selama hampir tiga jam itu mengetengahkan seni dan budaya masyarakat Brazil.


Antara acara kemuncaknya adalah persembahan menakjubkan dari tuan rumah Olimpik 2020, Tokyo dan perarakan karnival yang meriah.

"Ini adalah penganjuran Sukan Olimpik yang menakjubkan di sebuah bandar yang menakjubkan.


"Sepanjang tempoh 16 hari, rakyat Brazil yang hidup bersatu menjadi inspirasi kepada dunia dalam masa yang sukar untuk kami. Namun ia memberikan kegembiraan sepanjang hidup kami," kata Ketua Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach.

Bach secara rasminya menutup temasya Olimpik kali ke-31 selepas 16 hari penganjurannya yang disertai kira-kira 11,303 atlet dari 206 negara.


Salah satu acara yang memukau awal pagi Isnin apabila Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe tampil berpakaian seperti karakter permainan komputer, Super Mario yang muncul dari saluran paip berwarna hijau di dalam stadium.

Tokyo akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 2020.


Sukan Olimpik Rio 2016

Artikel Sebelum

THT Langkah Kanan

Artikel Berikut

Artikel Lain